Monday, 22 July 2013

teacher pening la macam ni..



       If many people say teaching standard one is easy...tengok dulu dan baca dulu what I have to tell you.Then you make up your mind....
       Bulan puasa...letih .So to cheer me up and maybe to cheer those out there please continue reading. he he.jangan marah.bukan nak hina sapa2.just for fun saja...


    This pint size boy, I called him Mat Rejab because he looked like one of my friend dulu2 with this name. He like the name.Panggil saja terus mai terloncat2 and said."Awat teacher?"

    Last week, I passed by their classroom, tengok semua meloncat, bising. No teacher in the class. Maybe relief teacher tak masuk lagi.or cikgu depa dalam toilet sakit perut kut.ha ha..

   I gave them something to keep them busy.Bagi satu picture for them to color.This boy Mat Rejab, colored the picture all yellow.
  "Awat Mat Rejab oi semua kuning.mana ada hidupan dasar laut ni semua kuning? "
  He looked at me smiling.
  "tak dak color lain teacher, ada kuning saja "
 Yes I saw one color pencil kuning in his hand..


             Tengok gambar yang dia color...semua kuning..adoi pening la tengok Mat Rejab oi.
             "Awat tak minta duit kat ayah beli color? "
             "Minta pun bukan ada duit ! ! " A sincere answer from a seven year old kid.
             Kesian la pulak.So I gave him RM 3.7O to buy a set of color pencil dari kedai koperasi sekolah di level yang sama.
             I waited for him, lama tak balik2.So I went ikut dia.Saw him standing by the door kedai dengan color pencil in his hand.
            "La awat tak balik class? "
            "Teacher , kakak tu tak bagi baki duit"
            "macammana dia nak bagi baki, kan teacher bagi cukup2 saja for one box of color pencil."
            Adoi...pening la Mat Rejab oi...




                 Ni sorang lagi, kalau the first period tu ada PJ or physical education, maka ni la kerja dia.Since they go to the field pakai track bottom, when she entered the class balik, dok kerja lipat kain sekolah dia.
        "Sudah sudah la lipat kain tu, tengok orang lain dok color gambar, kamu tak mau color ke ? "
        Unperturbed....tak kisah.dia lipat juga..tebar kain dia tinggi2, then spread it on the table, started to fold it again...



                  Ni yang sat in front of the previous girl. 24 jam  mesti ada something dalam mulut. If I take it away, then she will grab her tudung and masuk dalam mulut.Asal ada benda nak gigit. Now dah July.Only sepatah dua dengar suara dia..hardly speaks...tau pun tengok kita dengan mata bulat.Mata with no expressions langsung..adoi..



          Special case boy. Everyday the brother sends him to school on motorcycle.Sampai sekolah he refused to get down. Kata apa pun tak mau turun.So we have to ask men teachers to lift him off the seat.and his class teacher kena pimpin dia masuk class...sikit punya hal ke..
         Once masuk class he just sat down and kept quiet.If he feels he wants to do something then he will do.Other time he just sat there and looked into space.Tak berani nak tegur, nanti tk mau mai sekolah pulak..
       .adoi lagi..mana panadol teacher pening dengan hangpa ni..



      Yang ni pulak everyday came to school with no exercise books dalam bag.When asked mana buku? just shook her head..Adoi.So takkan nak tengok dia macm ni.Bagi duit beli buku kat kedai koop sekolah, then she will do her work.The next day came to school buku dah hilang balik..
     Pesan to her father and told about her dah berkali2...tak dak tindakan..pening lagi kepala I..



              Mat Rejab dengan color baru dia yang I beli.Enjoying coloring sampai tak sedar teacher ambik gambar.Poor boy.kesian dia..

              They may look innocent most of the time, tapi kadang2 perkataan yang keluar dari mulut depa boleh tahan tau...maybe family background or the influence of peer group boleh ubah budak2 baik jadi begitu. kadang2 I would rather see them macam ni than to see them grow up and spoil themselves dengan hidup yang serba mencabar..kesian anak2 murid ku..

      adoi mana panadol tak sampai lagi...teacher pening kepala la Mat Rejab oi ....
















43 comments:

  1. Hahhahaha, dalam banyak-banyak cerita.. cerita 1st lah yang paling best.
    Mat Rajab tak tahu ke tak perlu bagi balance? Ke dia tak pandai kira?

    & ada jugak budak yang heartless eh?
    Buat dono je huhuhu.

    Apa-apapun memang pening.. kalau saya tanak panadol.. saya nak bantal bucuk & sebijik bantal.. kasi tido hilang pening :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekdaa, pening mcm manapn kena tahan.drj satu mana boleh tinggal , 5 minit pun tk boleh,nanti ada yang pecah kepala, ada lawan ccucuk dgn pencil..yg merayau tempat orang, yag suka ke tandas pun ada.tk dak urusan .saja pi main air di sink.sapu muka lpas tu balik class.bila loceng balik bunyi,lega ..mcm lega masa tarik nafas. another day dh selesai..

      Delete
  2. Allahuakbarrr... sedih pun ada, simpati pun ada. Kenangkan pula anak sendiri yang serba lengkap ke sekolah. Patut bersyukur.

    Kesian para guru kan?

    Pening la jugak. Kongsi Panadol, cikgu. Boleh? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Azie, sekolah kampung ramai yg miskin.kesian tengok.cikgu dh jadi jabatan kebajikan msyarakat..takkan tak huluq bila budak tk dak buku, pncil, color, gam, gunting kecik..
      this morning one boy kata tk dak color, walhal dia ada.bila tanya awat tk bawa keluaq color dia, dia kata buat pa buat keluaq, nanti semua nk pinjam...saya tk trkata.tk tau nk komen apa.He has his own reason too.

      Delete
  3. kak,sy senyum baca kisah2 anak yang xde dosa ni
    macam mana la kat rumah agaknya ;)
    xde sapa kisah dan xde sapa belek beg sekolah diorang kot,paling kelakar yg lipat kain tu.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Irfa, apa org kata dia tk peduli asyik tebar kain, then lipat.kemudian tebar lagi.then lipat.Berkali2.sampai saya tak larat tengok ambik kain dia lipat dan simpan dlm beg dia.baru dia brhenti.
      memang bila tanya, ibu bapa depa memang tk prnah check beg anak2.balik rumah baling satu sudut, esok capai ,begitu la smpai thn 6.tk

      Delete
  4. Darjah satu cikgu tengok muka sorang2 semua blur ja, macam tulah anak kampung bukan anak org pekan yg kecik2 lagi dah bertab bagai. Depa terjun keleboq tau la. Seronok baca enrti akak hari ni teringat zaman kecik2 dulu agaknya semua cikgu ada perasaan mcm tu kot no.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu sekolah rendah memang mcm ni Aina.macm pi mengasuh pulak.suara kena pitch tahap Whitney Houston, kalau tidak depa buat pekak ja..
      kesian cikgu kan? kdg2 niat nak garang dari rumah tapi bila tengok keciknya, comeinya, dan miskinnya...tk jadi nk marah.

      Delete
  5. Saya akui, walaupun saya bukan cikgu, tapi tugas mengajar ini memang berat. Sekolah rendah mereka baru nak mengenal sesuatu. Sekolah menengah mereka sudah kenal sesuatu itu, tapi kita kena kawal supaya pengenalan mereka itu tidak terlebih garisan.

    Pendek kata mendidik ni memang berat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. t.a.t.a you are right, memang susah nk mengajar, apa lagi mndidik manusia.bukan senang kan? mudah2an murid2 saya jadi org dewasa yg baik dn brtanggungjawab.

      Delete
  6. Pandai Mat Rejab mewarna. I have a sort of relative which is extremely difficult to handle. He is a nightmare to the teachers in school. Rasanya, panadol saja x cukup untuk cikgu dia...hehehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aziela,saya tk prnah jumpa yg sampai teruk cmm tu, kalau tidak tak tau mgkin kena ikat baru dia mau dduk dn dengar kita mengajar kan..?

      Delete
    2. Haha walau sedih tapi lawak jugak perangai budak2 tu....pasal dok kena jd kebajikan msykt...my sister pun sama..ajaq skolah menengah...macam2 perangai n I agree, sometimes..we feel biaq lah depa kecik saja dari growing up n become another...........

      Delete
    3. makcikkantin. bukan jarang2 jdi pegawai kebajikan msyarakat tk brgaji ni tapi selalu sgt.duit sntiasa kena ada dlm beg.walaupun bukan banyak tapi kena spare slalu, kdg2 ada tk bwa duit makan, kdg2 ada org jual dadih la, vitagen la.mcm2 .kanak2 dok tengok kawan2 minum duit tk bawak ,cikgu la juga bagi.Kesian
      kita tmpat mengadu di sekolah..kdg2 bnda2 yg kita dgr tu tk patut trjadi pada kanak2.tapi kita hanya boleh nasihat.la. kalau mudarat saya tk kan biar.report pun report la.anak murid punya pasai.setakat la ni msalah masih boleh di tangani dgn lancar.
      trima kasih makcikkantin sudi singgah sembang2...

      Delete
  7. sian mat rejab..hehe..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Salam kak IndaMarya,
    baca kisah akak ni teringat masa saya jadi GSTT kat sekolah rendah di kawasan pedalaman dulu. murid-murid saya lebih kurang je macam student akak ni. Ada jugak yang habit die gigit hujung pensil, kita ngajar diorang pla dok buat hal sendiri kat blkg. terkadang saya sampai bagitau siapa tak siap kerja tak boleh balik kena buat sampai siap.ehe...masing-masing kalut dok buat tapi ada jugak yang buat selamba. bila Tanya nape xbuat keja saya bagi, dia just jawab 'xda pensil la cikgu' adei..saya pun pening :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear BungaTulip, sebelum tu nk tanya pengantin baru apa habaq? happy? mudah2an Allah prmudahkan utk sntiasa di smping dia.he he.
      well, sama la kita.pengalaman sek kampung mcm tu la.kdg2 kita nmpak mcm dia buat krja, pergi dkat baru nmpak dia pura2 conteng bnda lain..adusssss.geram.tpi drj 1 biasa la kan.masih mnja.bkan boleh marah sikit,nanti meleleh air mata.susahnya.kita nak semua dpt ilmu, depa pulak masih nak main mcm di tadika...urut dada la kita.

      Delete
    2. Kak IM, habaq baik je kak..Alhamdulillah walaupun dok berjauhan tapi tetap sentiasa happy..lebih-lebih lagi bila tiba hujung minggu sebab dapat balik jumpa suami.heheh..
      Biasa la kak, budak2 memang begitu. bak kata akak benci tapi rindu..rindu dengan perangai depa yang pelbagai. saya selalu tengok gambar depa yang saya simpan. terdetik dalam hati 'apa la khabar depa skrg ni' moga semuanya akan Berjaya. dan dapat mengubah nasib keluarga kelak.

      Delete
    3. ha ha BungaTulip esok apa lagi serang la balik jmpa dia.weekend dh smpai, tapi masa ni kalau kita tunggu memang rasa lama , kalau tidak, sekejap dh smpai jumaat dah...anyway selamat bergumbira .org muda.kita faham he he .kita ni dh tua,oooops bukan tua ..lama.

      Delete
  9. Hi gorgeous IM, i senyum2 sendirian baca your post. As usual, I find cara you write and interaksi ngan murid very interesting and endearing. Tengor muka murid2 so innocent, kesian jugak kan. Adoii, budak yang asyik hilang buku kesian kan. I wonder why lah the parents tak buat tindakan. They tak cek cek ke apa budak tu bawa sebelum pegi sekolah, tak tengok ke ada homework ke tak. Hmm..i pun rasa pening lah, jom kongsi panadol, ishh mana pula panadol ni, nape tak datang lagi? hehe

    Tapi kan, Mat Rejab tu i rasa bila dah besar musti hensem,, tengok mata tu. Esok bila dah besar kelak, dia mesi ingat cikgu Cantik, lagi baik hati, yang belikan dia colour pencil hehehe.. See dia punya work, amboii bukan main..


    ReplyDelete
    Replies
    1. hi flawless friend, the one yg selalu buku hlang tu hari ni buat kerja on handout I bagi, buku dh hilang balik.baru I bagi a new one last Friday.baru brpa hari dh hilang pulak,I wonder whether she tore the pages buat layang2 or buat paper dolls. geram ni.panadol tak dtg smpai sudah..he he.
      Mat Rejab yestrday tk mai sekolah, bila I asked him today why he was absent ystrday dia kata bangun lewat pkl 8.I said next time pkl 9 boleh mai lagi sek as long as he come.dia tengok I buat senyum2.rasa macam nak jentik hidung mancung dia tu..

      Delete
  10. ticer, your quote "kadang2 I would rather see them macam ni than to see them grow up and spoil themselves dengan hidup yang serba mencabar" - mendalam maknanya tu, kan?

    anak2 yg "tak dipandang" ibubapa sejak kecik lagi tu, bagaimana pengisian tumbesaranya kan? kesian depa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. My Sweetie, you know wat, sometimes I fikir kalau I jdi jutawan duit berkepoh dalam bank I nak didik budak2 ni duduk dgn I.biaq mak pak depa buat hal depa.bila besar jdi org bguna balik lah kat mak bapa depa..kesian hantar anak mai sekolah sekadar mai saja..bnda lain tk peduli.ystrday ada sorang berak dlm seluar .nasib baik class teacher dia call cpat2 mak dia.mai bawa seluar gnti and clean him up...kalau my time mau muntah cheq tau...budak2 class dia kata 'teacher, kami bau busuk mcm nak muntah' he he.

      Delete
  11. whatever it is I'm sure these kids add spice to your life! I can't imagine being in your shoes because I don't have the patience of a saint like you..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. my dear naniasda, they dont only add spice to my life , campur sekali asam , belacan.cuka semua cukup.he he ,in fact I ni dah jdi kebal dgn kerenah depa..kdg2 bila masuk class semua nak mengadu, teacher ini teacher itu...I boleh buat muka kering and started the lesson seolah2 I tk dgr apa..ha ha..kalau ikut depa 2 jam tk boleh start class.jadi biro pengaduan bukan nak habis..

      Delete
  12. salam..aunty..
    geramnya tengok budak2 ni..muka suci murni jer nampak...
    tapi cuba tengok bila depa main dgn kawan...
    amboi..ganaih...

    kesiankan budak2 kampung ni parents kurang pendedahan..
    jarang amek peduli pendidikan anak2...
    jarang nak jumpa yg selalu check beg sekolah anak tengok ada kerja rumah ker tak..

    banyak2 sabaq la na cikgu...pahala dapat kutip banyak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Harnida,memang muka depa nmpak suci, tapi jgn main,I even dh kena kelentong dgn depa tau.tk sgka kan.muka suci tpi boleh juai kita dua seduit kata org Perlih.
      nasib baik masuk drj satu for only an hour a day. double period for English.masa lain class lain, kalau tidak my hair will go all white in 2 months.tension gila Harnida oi...anyway kalau cuti I miss them..benci tapi rindu gitu. ha ha.
      bila time depa nak balik semua beratur salam dgn kita and kita sapu kepala setiap orang, rasa kesian la pulak.budak kecik ahli syurga.tu yg best tiap2 hari I mingle dgn ahli syurga...best kan?

      Delete
  13. Hi IndaMarya, very interesting. I think that quiet boy has a personal, maybe home problems. And maybe should have a chat with him....using psychology by asking questions maybe about what he likes to do, animals, whatever and slowly leading to why he's reluctant to come to school, or moody. Not mixing around.

    Here where I am they have specially trained teachers to handle such cases, especially as we have lots of refugees from the Middle East, Children experiencing the horrors of war, some losing parents or siblings, even torture, many not able to speak English.
    Some do recover, a few don't or take longer.

    Children when experiencing problems, maybe being abused or some other uncomfortable experiences need proper handling or care. Looking at his picture I think he has something on his mind he unable to forget and bothering him.
    Anyway, you know best...
    Have a nice day, Chegu, keep well.
    Lee.
    ps, read your reply to my previous comment, ha ha, nanti saya bring out those funny, not successful Ninjalogy tactics that did not work like with Intan. Like giving a rose to a lady and hubby appearing at the restaurant awhile later, ha ha ha.
    Lee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Lee, well actually that quiet boy is jst very manja..If in a day I did not go near him and suruh dia pay attention to what I was teaching, then the next day he wll come to school, but if I go near, tanya itu ini , trying to be friendly and suruh dia take out his book to start writing, he wont come the next day. so now I ignore him for a while so that he will come to school more often.He has been telling his friend, he doesnt want to do semua krja I bagi.the answer is plain lazy.
      This morning I just spent a few minutes puji dia, bagi dia kembang sikit, ada la nmpak senyum sikit, but when I asked mana buku dia, dia mula looked at me mcm nak makan I.
      gave him some stickers (pujuk2 sikit he he) sticker ambik ,krja tetap tak mau buat juga. maybe tomorw I just go sit near him and sing to him a melodious song , hold his hand nd look into those eyes..so that he catch the chemistry between us..
      but actually kalau sekolah zaman kita dulu dah kena a tight slap budak ni.itu ubat palng baik.betul dak.? I see that the sister boleh tnggu lama atas motor tu sebab dia tk mau turun..eeeeee I geram.tak kena nurturing anak mcm tu..tapi jadi cikgu sekarang bkan boleh buat apa..nanti parent report..tahan saja la...until he gets softer and like me in the first place.

      Delete
  14. Dear pretty Cikgu Indamarya , children that age group is the same world over. No matter what color or country they are from, their character, attitude and mindset are almost similar. For a teacher world over this is a real CHALLENGE. You are dealing with children not of your own. In your classroom the children comes from all sorts of family background. It's not easy and takes lots of patience on your part to learn their ways. No one child is the same, each and everyone is an individual. Just like your N3 this time. Uncle salute you for being able to analyze and understand your anak murid individually . Shows that you are a woman of substance and to be respected for your contribution . Best regards and salams from Uncle AL P/s hope no spelling mistakes mata lately blur sikit maybe age catching up LOL tapi still young at heart .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Uncle AL, betui budak2 tk sama, tapi kdg2 mak bapa manja tak ketahuan hala, drj satu masih dok buat kelaku mcm tadika umur 5 tahun lagi.dlm kelas nak color saja.baca tk mau, tulis apatah lagi..
      tak pa la. saya buat la apa yg trdaya ..lebih dri tu serah pada Allah yg tau what's in my heart.niat hanya nak bagi depa boleh tulis baca and faham kita, dalam 30 org tu kalau 25 faham dan mau buat kerja ,saya dh kira its a gd sign.kelas tk da streaming mcm tu la, kalau streaming bukan ke lbih senang mengajar.we cn go fast with the excellent ones and can tackle slowly the slow ones...kalau dh campoq sekali alamat cheq urut dada la Uncle AL.by the way Uncle ada panadol bagi saya sepapan..boleh tahan seminggu? he he.
      dont bother about the spelling mistakes if there's any, age is catching up of course.But they are just nmbers..dalam hati kita happy.thats what matters most kan? dah sihat ni , bila nk blanja pasembur Gurney Drive ni? Queenie and I .You tk cr my friend....

      Delete
  15. assalam teacher,

    bunda yang baca ni pun pening...tapi tak larat nak tergelak ..macam2 kerenah budak sebaya ni kan... walaupun bunda tak pernah mengajar budak2 sekolah tapi dulu pernah mengasuh budak2 anak2 jiran..umur antara baby 3 bln hingga menengah satu..
    macam2 umuq lagi macam2 tahap kerenah perangai depa..

    contoh macam budak pompan sorang tu umuq 7 tahun..pendiam..kalau makanan yg dia tak suka bukan nak bagitau, senyap2 sorok bawah tikar/carpet...tau2 jumpa dah busuk bersemut...sabaq je lahh

    bukan saja pening..mau sakit jiwa dibuatnya...

    ada sorang blogger tu cik gu jugak...ngajar tahun 4...dia ada buat entri sorang budak tu...ada satu karangan yg dikarang ikut suka hati dia ajer nak karang...sampai nenek, ultraman segala apa terlintas masuk dalam karangan nya..

    bunda yang baca pun tak tahan nak gelak...cik gu tu tulis dia tak tau nak bagi markah camne..
    haha..macam2...

    kita kecik2 dulu macamne yerk??

    ReplyDelete
  16. waalaikummussalam Bunda,yang pernah jga budak tau la mcm mana kan? saya ni tk sempat la bermesra banyak sebab kita masuk nk mengajar.syllabus kena perabih,
    tapi celah2 tu saya selit itu ini,
    depa kalau bab cerita smpai trnganga mulut.
    Khamis lepas saya cerita kisah si Tenggang, muka nmpak takut bila sitenggang kena sumpah, tanya sapa prnah jerkah mak depa, 3/4 kelas angkat tgn.tudia.bila kita bgi motivasi sikit semua senyum, especially bila crita keadaan di syurga, buah petik tk payah pakai galah, teringat saja nk mkn apa semua di depan mata.
    lpas tu semua jnji nk buat baik.kesian pulak tengok muka depa.kanak2 memang innocent kan?

    ReplyDelete
  17. hehehe..... untung Mat Rejab... dapat pensil warna baru... penat memang penat nak kawal budak-budak kecik ni... tapi ada seronoknya bila diingat balik.

    colourfull of life

    ReplyDelete
  18. dear MystoryPic, memang letih.tmbah2 bulan puasa, kita brcakap mcm tu juga dari 7.30 pgi smpai 130 tngahri..balik terlepek atas sofa.kdg2 trlelap seminit dua sebelum bangun solat zohor..
    yes my life is so colourful with the kids.mcm2 kerenah, tabiat yg kita kdg2 heran , sedih, suka.semua ada..mcm2 colour ada..he he.
    tq dear for dropping by.

    ReplyDelete
  19. Hi Kak, hihii I never want to be a teacher sebab x jadi teacher pun dah sedia migraine selalu, LOL..
    But I must say that U're truly gifted with kids, not like some teachers teaching at my son's school. Remember I talked about him being dyslexic, so his 'pick-up'sloww lah sikit. Just last week dia buat liat x nak pi school on the day ada Computer class. Bila tanya "why, HH dok elak2 x mau habaq tapi last2 baru admitted to me that his teacher said dia bodoh bila x faham2 mcmana nak print nama yang dia type pakai Word. Bila my HH said x reti, minta teacher tunjuk again, she said "awatlaa hang x macam budak2 lain" adoiii.. cikgi ohh cikgi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear MamaTim, cikgu tu lupa dah kut apa dia blajar dkat mktab prguruan tu,kanak2 ada seribu satu mcm jenis.Cikgu pun ada ups and downs.apatah lagi kanak2 yg baru nak kenali diri sndiri.msti cikgu muda kan? lain la saya yg dh tua ni (ooops lama). at least if she knows about HH dia tkkan kata cm tu kan? does she know ?
      moga2 HH cepat belajar, u motivate dia banyak2.hopefully he recovers fast and be just fine .

      Delete
  20. hehe...tergelak sorg2 membaca perangai budak2 tu...kalau dalam kelas 40 org,40 perangai la cikgu kena menghadapinya...
    pening2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pening Kamsiah oi...bila tengok jam dh 1.30.rasa lega.boleh balik...letih.hari ni ada nazir pulak mai sekolah.check itu ini, file tu file ni.mengajar dah jdi bnda kedua.file nmber 1, document2 jdi priority.jauh beza dari cikgu zaman dulu..mengajar saja kerja kita..yg lain smpingan saja..

      Delete
  21. Hi Inda, to be a teacher...need lots of patience. Imagine one teacher kena handle 35 to 40 students in one class.... panadol kena telan 4 biji. But I think all teachers got their own tactics how to handle their students. You sure got the capacity and abilities to handle children.

    But during their molding age between 5 to 8, they need lots of attention, patience, care and love from the parents. What the parents do or say.... it's very important. Aiyoh... but some parent really don't care or bother type. And some parents lagi expect 100% from the teachers... common sense kan...we send our children to school for education, discipline but if parents tak mau cooperate???

    I know some parents are very demanding and unreasonable type. Sikit2x complain or make police report.

    Have a nice day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Amelia, saya setuju. mcm2 parents kita jumpa, ada baik dgn kita, ada sikit nk complain.Ada pulak kerja dia mai tnya psai anak dia..lenguh nk jawab.lpas tu kita balik dia ada tpi pagar dok senyum macam kerang busuk.eeeee geli tengok ha ha.
      Nw I make it a point, kalau bnda betul nk discuss I layan kalau nak merenyeh(bahasa Perlis meaning menggatal) boleh jalan.
      Or I call him adik, terus dia diam .memang betul boleh pnggil adik, they are young men, anak baru umur 12, 15 tahun eldest..he he.
      anyway tq dear sudi singgah.

      Delete
  22. Hi IndaMarya, just dropped by to say semadikan lagu di hati mu.
    Lee.

    ReplyDelete