Sunday, 27 January 2013

Kisah cream...



         End of last month saya pi supermarket nak beli cream, salesgirl yang jaga tempat tu came to me,
    "Kak, nak cari apa kak?"
    "Saja nak tengok2 cream  ni. "
    " Yang ni tak baguih kak, meh saya tunjuk yang baguih punya, bila kak pakai nanti kulit jadi halus, lembut, cekang."

      banyaknya dia bagi kebaikkan cream yang satu tu..nak melaris benda pun agak2 la,  saya bukan muda lagi, saya dah tau cream yang mana sesuai dengan saya  dan yang mana tidak.Dan orang tua macam saya akan tetap dengan apa yang saya pakai selama ni.payah nak tkar2..hanya kadang2 saya try yang baru bila saya dah habis baca dan pasti.

     " kak, tau dak, boleh kalau kak nak pakai cream lain, tapi cream ni paling best sekali kak, saya pun pakai cream ni.."
     I looked at her .Umur dalam lingkungan awal 30 an kut.
     "Tak pa adik, saya tengok dulu na? " I started to move away to the nearest rack.tempat cream juga..cream muka, day cream , night cream...segala ada.

     I thought I will have some peace, rupanya tak dak juga, she was beside me in an instant,..
     "Kak kalau kak nak cream muka, kak ambik yang ni, yang ni memang mujarab kak, SAYA PUN PAKAI CREAM NI "
     Tang ayat tu yang buat saya menyampah..Saya masih diam..dalam hati dah mula sejuk panas, palpitation dah mula laju.. Sikit2 saya pakai ini, sikit2 saya pakai itu..hang sapa?
     Melihat saya diam, dia pun kata, "banyak orang beli cream tu kak, tapi tak berkesan, lepas tu depa mai beli yang ni jugak."
    .Dalam hati saya mungkin dia dapat commission kut bila cream yang dia puji2 tu laku.
     I looked at her face, jerawat banyak, yang baru tumbuh, yang dah kering, yang dah berparut. Kulit dia berminyak,
     I took the cream which I want to buy, and walked to the cashier..
     "Kak, ambik la satu cream ni, baguih ni, saya pakai dah lama..baguih kak"

     That was the last straw and I forgot what came over me masa tu, I faced her and blurted out .Tapi volume saya terlebih perlahan sampai telinga saya sendiri tak berapa dengar. Saya bisik kat dia..

     "Adik look here, saya mai sini nak beli apa yang saya nak beli, betui adik boleh kempen kat saya , cerita kat saya,hanya  kalau saya minta pandangan adik .Kalau tidak biaq la saya choose in peace. Saya ni nak cepat, kerja saya banyak di rumah (teringat petang tu nak buat mee rebus di rumah )

     " Satu lagi saya rasa cream tu tak sesuai la dengan kulit adik, adik kena pakai cream for oily skin, and boleh dak saya nak habak satu benda, seminggu sekali adik kena scrub kulit na..or pakai mask, and jerawat tu bila dah masak putih macam tu kena picit keluaq dengan tissue, and terus pakai cream jerawat.  InsyaAllah dia kecut..tadi saya tengok adik dok picit2 jerawat tu, baik jangan buat selalu, sebab jari kita ni penuh kuman, nanti bertambah banyak jerawat adik naik."
    She stared at me as I walked away. Bila dah habis bayar , I turned to look at her, I saw her pot-pet to her friend, mata dok tengok saya.

     Biaq pi apa hang nak kata apa kat aku...Entah pasai pa hari tu saya kurang sabag sikit, sensitive sangat pulak. Tapi the fact that I cakap pelan2 tu dah kira ok kan?
    Yang pihak counter kecantikan tu pun carilah jurujual yang boleh meyakinkan kita baru kita teringin nak beli. Betul dak kawan2..
    Ingat senang ke jadi pompuan yang berusia ni, cell kulit lambat berganti, pigmentation menunggu peluang saja nak jadi tetamu di muka, SPF cream  ada lah sahabat baik di usia begini, kalau keluar rumah, air kena minum banyak, so that our skin tak jadi kering macam daun kayu yang tak di siram selama 3 hari.. Antioksidan in Vit C and D boleh membantu membaiki kerosakan kulit..

     Sapa pun tak boleh melawan tua, tapi kita boleh try to grow old gracefully. Kulit kita adalah harta kita sepanjang hayat, hitam ke putih ke tak kisah. asal kita jaga...jangan abaikan walau satu hari, macam kita tak lupa berus gigi, macam tu lah jangan lupa cream kita.
       
      I got the cream that I want , drove home,and boleh cepat balik masak mee rebus tulang ...he he..
    
  

                                   Me, last month di Johor .teman cucu di Hello Kitty Town..( bulan ni tak payah beli cream lagi..bekalan dah cukup  he he).Have a good day everyone..


Monday, 21 January 2013

tak dengaq ka? telinga pekak ka?



                I was eating with a friend at the stall by the road side. Ramai orang di situ.Kami took a seat paling tepi jalan. Dalam hati takut juga kut2 ada kereta yang terbabas .Mati katak la jawabnya.
               Sembang2 sambil makan, a family came. The father a big man, the wife was almost the same size holding a baby in her arms. Ada sorang lagi anak lelaki dalam lingkungan umur 7 tahun.They sat at the table next to us.
              As I was enjoying my bihun sup, and my friend eating mee rebus, the  boy came to our table. He stood looking at our food.
              We looked at him.Nobody said anything.
              Then he said " Sedap ka ? "
               "Sedap  ." we said together.
               Then he said " minta sikit ? "
               Kami berdua melopong. Ish tak pernah pulak ada  jumpa budak minta makan macam tu .
               " Tu balik kat meja mak tu, nanti makanan sampai. " I said clearly.
               " Tak lalu, depa order capati. Saya tak suka ."
               Serba salah saya, nak buat apa.sebab mak bapak dia ada sama. Kalau tak da senang saja, ambik mangkuk kosong kongsi saja dengan budak tu.
               "Pi habaq kat mak order benda lain" I said.
       
               Then I heard the mother's voice.
               "Naim, mai sini, pi buat kacau apa kat situ? "
               We both smiled at the mother. Dia tak balas pun senyuman kami yang meleret tu.dalam hati (berlagaknya pompuan ni )
               The boy named Naim buat tak tau.He ignored his mother. berdiri depan kami sambil main yoyo.
   
               "Tak dengar ke, telinga pekak ka? "
              Apa punya bahasa...ish .
               Naim tetap tak bergerak, main yoyo macam tak da benda. The mother got up, did not even look at us, she pulled Naim by the ear..Mulut dok merungut.
               "Tak dengar kata aku na? hang nak lawan aku? "
               "Sudah la " said the father. "Naim, duduk, "
               The boy sat down, " ayah nak mee rebus ? " Naim said.
               Before the father said anything, the mother said, "pandai pilih itu ini.awat hang ada duit ke nak bayaq? "

              My ears getting hot.tak pasai2 rasa macam nak bangun pi tempat pompuan tu dan jerkah sekali biar terkejut sikit. Tapi kalau dia turn and tolak sure I jatuh punya, tengok badan dia adoi..kalau kena pelempang dia mau demam 2 or 3 hari ni.
             We went to the cashier and paid for the food. The girl working there said.
             "Kak tengok dak tadi tu?"
             "Tengok apa ? "  my friend said.
             "Sebenagnya pompuan tu bkan mak budak laki tu, mak tiri."
             " mana kamu tau ? "
             "La dekat rumah saya ,saya kenai depa ni."
            "Apa jadi dengan mak dia? "
            "mak dengan bapa dia bercerai. mak tak da kerja , lumpuh, so bapa dia la bela budak tu..La ni si bapa tu dah kawin dengan pompuan ni la."
            Suddenly I felt so sad for the boy. Kesiannya dia. Mesti hidup dia tension tiap2 hari..mengadap mak tiri tu.Ingatkan zaman la ni tak da dah mak tiri yang benci anak tiri.Rupanya ada lagi..
            My friend said,." Jum balik, nanti kita doa untuk budak tu.." As I got into the car, I saw the food they ordered was served. and mee rebus was one of them...lega....dapat juga dia makan..
           
            
                
                  

Wednesday, 16 January 2013

Cinema cinema cinema



         Di Perlis bila tanya budak2 about their hobbies .
they would come up with answers like computer games, football, picnic, fishing, cycling, chess, watching tv etc etc.
       No one would stand up and say watching movies at the cinema..Its hard for them to explain about 'cinema' apatah lagi about cineplex. because there is no cinema in Perlis. The last one was Panggung Capitol. Now dah jadi Dewan Capitol for the UNIMAP students.



      A cinema is a strange word to many Perlis primary school pupils..When I mentioned this word to them in class , I had a hard time  explaining that a cinema is  where you can watch a movie on a big giant screen where images and stories are being projected for you to see...Maklum kadang2 keluar dalam UPSR the word cinema tu.Lepas cerita2 they can figure out and boleh imagine what a cinema is all about

     The nearest cinema is in Jitra Kedah.So nasibla..kalau nak merasa tengok wayang terpaksa la cross sempadan negeri ke Jitra.

       Orang Perlis are used to it.Tak kisah tak da panggung wayang pun, CD banyak .tengok la in the comfort of your own home..Kelantan pun tak da panggung wayang, so is Labuan. Ok ja..

        Dulu2 orang tengok wayang pacak .Jabatan Penerangan akan pergi ke kampung2 tunjuk wayang.Of course hitam putih.
       And seperti biasa sebelum tunjuk wayang tunjuk dulu apa pembangunan kerajaan buat for the rakyat,  Orang kampung terlangut ja.tak kisah janji ada filem.. Sambil tengok sambil makan kacang putih.Mamak kacang putih pun bila lagi nak cari makan..





     Then baru di bina panggung wayang.Dulu2 people went to the cinema with families .Kadang2 a family of 4 beli tiket for two saja.Dah bawa anak2 kecik2 lagi.You can imagine them sharing seats. The children kept on standing up, with their unflagging energy, hopping, and blocking the view of  those sitting behind them.

    On hari keputeraan Tuanku Raja Perlis, semua budak2 sekolah dapat  free tickets to watch a movie at the cinema.Filem yang ditayangkan was a lousy kelabu , ada rintik2, jalur2 and  putus2 .Kadang2 ada bunyi kruk krak kruk krak which came from the screen , usually filem Tarzan. Or cerita Mat Salleh lawan the Red Indians, which of course the orang putih will win in the end..



      You could hear them shouting, "Cepat red Indian ada belakang"
      When the hero appeared at the most critical moment, semua clapped their hands..boring betui.tak boleh concentrate to see in peace..

       On other days ( bukan filem free punya time) , we have these picnickers entering the cinema, with kuaci, , prawn-crackers, groundnuts, ice-cream, adoi.. Then they incessantly rattles the wrappers .It was irritating  and of course littering the floor too.
        Kalau nak picnic pi tepi laut ke ,tasik ke, sungai pun tak pa, a cinema is surely not the place.


                     Apa macam kalau sebesar tu popcorn dia bawa masuk panggung.


        Distractions were everywhere, the sound of people talking , telling, commenting on the story, even out-talking the actors on the screen.

        Then  bila the movie was over and you were trying to walk out .. suddenly you shoes were stuck on the floor. Ni mesti kes orang makan cewing gum..buang on the floor juga..

        Once in Penang , I was with Raimah my housemate .Tengah sedap2 tengok wayang, ada someone behind dok tendang her seat.Sekali dua tak pa , tapi kalau dah jadi macam ryhtm lagu A Ramlee pulak takkan nak biar saja.So Raimah said, "cik boleh turun kaki bawah dak, jangan la tendang seat saya"
          Tiba2 the young man replied style Penang, " Wei hang tau dak kaki aku panjang, hangpa tak pa ketot2, aku tak puas belunjuq hang tau dak." (belunjuq means straighten your feet.).

          And then came the last straw you couldnt tolerate anymore.   When boisterous babies starting crying, yelling at the top of their voice, and you could hear the mother saying" diam2, tengok tu, hero dok lawan "
          Awat la teruk sangat.Apa la budak tu nak faham. When babies are not comfortable they would throw the hell of a tantrum di mana saja pun. They become fractious when tired.
          Tunggula baby besar dulu, mak tu tahan la sikit the urge nak ke panggung tu..


                                 
                                Typical of men, taktik lama bawa girl friend tengok filem hantu..


          Late comers pun masalah juga, groping in the dark they stumbled and stepped on people's feet and you could hear ' ish , ouch" from other audiences.

          Ada at one time tu tengah2 tengok wayang tiba rasa macam semut ke apa di ponggong, bila picit saja bau sahabat kita dah mengisi ruang panggung. Rupanya PIJAT !..

         Tu semua dulu2, now people are more dissiplined in the cinema. Semua behaved like super duper audience.Tengok senyap ja.enjoying the movie.
       The largest cinema in Malaysia is in Mid Valley Megamall, Also Asia's largest cineplex..Mula2 nampak dulu perak tengok sampai ada 18 screens to choose from.

      
                                  Midvalley Megamall Golden Screen cinemas

        Dulu tiada hiburan lain selain panggung wayang. Selepas menuai, jual padi , semua ke panggung menonton filem2 Melayu lama, diikuti filem2 P Ramlee yang sentiasa mencuit hati kita.

       Zaman sudah berubah, everybody is busy, mengejar dateline, mengejar kerja yang tak kunjung habis, sekarang juga zaman fenomena  Uztaz Azhar Idrus, anak muda Malaysia beralih ke surau dan masjid.Belajar mengaji, mendengar usrah dan ceramah agama, Panggung wayang hanya untuk pelepas letih di hujung minggu .. Kadang2 wayang tengok depa, sedangkan depa  dah belayar jauh di ulit mimpi dalam panggung ! !    

       Have a good day everyone. keep that smile always..like yours truly below..he he.



Monday, 14 January 2013

Warga emas menziarah kawan lama..he he.



         I was in the kitchen when a friend called. She was my classmate in the primary school from year 1 to year 6 .All those years in the same class. So sembang itu ini, about her family, about mine, about our old friends ,Tanya orang tu orang ni..Last2 we made a promise to visit our old friends.

        Today after asar I went picked her at her house. Besarnya rumah dia.She even bought the house next to hers.so dah jadi super big house.Spacy and spotless clean. I suka.

        Together we went out to visit a sick friend .She knew the house. I heard about his sickness, but I dare not ask when we were there.There he was (quite a distant relative to me too).
        He did not look so bad.Except for his hair.Going bald I guess.Dulu masa sekolah rendah he was quite a bright boy in the class. Tall and thin.boleh tahan handsome masa tu..he he.

        His wife who invited us in told me he has been sick on and off for quite sometime.
        I did not prolong pasal kisah sakit dia.The main intention was to pay him a visit , last sekali jumpa dia masa anugerah cemerlang last year.

        We laughed about old stories when we were young. My lady friend told me about some successful friends who hold big posts in the government..Masing2 dah ada cucu.2 or 3 orang.

        I promised to try find the others (primary sch friends) and will organize a reunion. Bila dah jadi warga emas ni baru rasa lama nya dah tinggalkan sekolah rendah.

        We passed by our old school. Sekolah dulu dah di robohkan.In Its place stands a big 4 storey building.
Cepatnya masa berjalan, banyak lagi kawan nak di lawati, jam dah 645. Magrib is approaching. I drove home, .Dalam kepala teringat balik macam mana I was bullied during the lower primary years.

          Sampai di pintu pagar rumah azan magrib sedang di laungkan. ...tak perlu bimbang, because the surau and my house is just a few steps away...cepattttttt....
        
                      
                        My primary school friends, the man :  cikgu Zul ( my classmate from std 1 to form 5) and the lady beside me cikgu Fatimah.( my classmate for 6 years).

Friday, 11 January 2013

Untuk cucu kedua yang bakal tiba..




                
                        
                     My second cucu is coming soon. Due date is suppose to be in early March. My daughter in law, Raihan is getting on very well with the pregnancy. Her first child.
                    My first cucu Sara from my eldest daughter Famila is almost three now . Dah pandai menyanyi, nags a lot and of course pandai bergaya..he he.

               Me and my cucu. Cucu sulung, mestila manja habis..sentiasa atas dokong saja.Buah hati semua orang. Boleh tahan juga berat dia, tengok tangan tok timbul urat habis menahan berat dia..

           So what to give to my next cucu ? dah jadi tradition dari anak2 sndiri hingga ke cucu pertama, mesti jahit sendiri tilam and bantal for the new born baby.

           Masa Sara dulu I buat set warna light green, meriah juga la dengan bunga tebal untuk tilam kecik tu. Now for cucu kedua mesti la buat juga, this time pilih warna peach pulak.Mula2 nak buat pink, tapi masa tu tak tau jantina lagi, so to be safe I bought some material warna peach. Dah jahit semua tiba2 menantu scan tengok2 confirm baby girl. ..

          Actually I suka gila nak dapat cucu girl sorang lagi..bukan apa, best masa nak pakai baju. You know la baju baby di pasaran ..comel2.

           And Sara boleh belajar jaga baby , mana tau tahun depan Famila pulak dapat baby sorang lagi..Tak kisah the more the merrier kan?


           Dah siap. Cantik tak? jenoh juga buat ni, jahit tangan .Ada machine Singer kat umah tapi tak pernah guna untuk embroidery ni semua..(Sebenagnya tak reti guna he he )..

           Bunga tu pakai hentam saja, outline dengan pencil and there I go..jahit la..thats why if you look closely bunga ada yang besar ada yang kecik, the buds suddenly are bigger than the flowers ..

          But I am proud of my work in spite of those long hours I spent to sew it. I know they can buy this anywhere.So many colours and patterns to choose from. But I still insist to sew this.Hopefully bila cucu2 dah besar when I am gone , they will remember .Ni la hasil kerja tangan tok for them....

        Allah bless you all, anak, menantu and cucu ..



.

Sunday, 6 January 2013

Aduhai cikgu..



       A friend, a teacher called and asked if I could give a personal tuition to her son (English yr 6 ).Oh baru ingat she has a twelve year old son nak ambik UPSR this year.

       With a heavy heart I have to refuse. I have stopped giving tuition 10 years ago.Dah lama tu..Dulu rumah semi-detatched ni di tambah 2 ruang for that purpose.I taught English while my 3 other friends for Bah Malaysia, Science and Mathematics.We went on well, budak bertambah from 25 to 135.So I have to used the spare room for the extra numbers.

       Mengajar la...workload dah berganda, dengan kerja di sekolah plus tuition di rumah, plus kerja routine di dapor..bertungkus lumus..weekends jadi lebih sibuk dari hari2 biasa..no rest langsung. basuh baju waktu semua orang dah tidur.

        Pakaian for tthe next day kena siap jugak..baju nak pair dengan beg mana, kasut mana..kecantikan jangan lupa..sebab itu menaikkan confidence kita..jangan lebih2 kita cikgu..biar manis saja.

      Tengah malam orang di ulit mimpi, kita mop lantai and lipat kain..sebelum tidur prepare pulak what to teach in school the next day.Buat record book elok2..dah lama kerja bahan2 mengajar, teaching aids dah berlambak, pilih saja.If I need handouts, that would be done in the afternoon masa balik sekolah..


         Mengemas rumah , kerja routine yang menuntut banyak masa.I hardly spend time here, tapi di family room..sebelah...


      Time kena betul2 organized. Pelajaran anak2 number one in the list. I made sure they score in school. Anak sulung jadi benchmark adik2. semua nak ikut kakak. And kakak jadi role model to follow.Kakak will tell macamna dia belajar and adik2 would follow suit..

      Everything has an end, the hectic hours dah tak da. Tuition dah tutup kedai.The three rooms dah jadi bedrooms and bilik store. Susahnya bagi tuition ni masa kita terikat..tak boleh nak pi mana.

         To my friend I bagi la petua nak tackle English language for her son. Kalau boleh masa anak kecik2 cakapla English dengan dia, kalau kita tak boleh buat itu, beli la buku cerita mudah2 for them to read in English. Bila dah besar baru beli yang tebal2 sikit.

        Dictionary kena ada, refer la kalau tak tau meaning of words..In my English class di sekolah sapa tak bawa dictionary siap la..

         Tapi ni anak dia dah darjah enam , coach dia masa dia belajar di rumah, homework MUST be done at any cost, sebab itu adalah pengukuhan tentang apa yang dia belajar di sekolah waktu pagi..

        Kalau ada mistakes ,correction is a MUST too, or else you will repeat the mistakes over and over again.

         In school bila check buku budak I will make sure corrections di buat. kalau dia failed to do so, then dia kena tulis 3 kali ayat yang sama. confirm mesti next time dia buat punya..he he.

       Buku tambahan mesti beli, kalau mak tak boleh nak correct kerja English anak, beli yang ada jawapan di belakang.Jawapan tu simpan dengan kita, lepas tu kita check la..

      Beli la 2 sets.English one and two. satu for comprehension and satu lagi for writing. Habis satu set beli lagi.In doing so lama2, budak yang sederhana pun akan dapat capai higher marks..

        As a teacher teaching English, hubungan dengan budak mesti tiptop. Setiap budak kita kena tahu kelemahan dia.Masa diluar waktu class masa makan di canteen ke, sembang la dengan depa..buat macam kawan.Budak2 lebih percayakan cikgunya so bagi lah peransang, contoh2 orang berjaya so nanti dia pun nak ikut.



       The girls like to ask, teacher kasut ni berapa ringgit, beg ni beli dimana...?
       Kita pun cakap la..then last2 kata la.
       ".kalau nak pakai semua ni, belajar pandai2.mesti boleh beli punya..sapa yang score English bulan ni teacher bagi hadiah."
       The slow ones would say," Teacher depa pandai naik banyak..saya nak naik 5 markah pun susah."
       I would say " 5 markah pun naik jugak.nanti mesti dapat hadiah.."
       What do you think they will do after that.Typical of children, depa like presents..lepas tu everybody pulun sakan belajar..he he

  
        kalau budak ada masalah peribadi call them personally and sembang la macam mak sembang dengan anak..dia akan jadi close dengan kita dan lepas tu dia tak akan ada masalah lagi. sebab dia tahu teacher dia ada to help him..

       Kita jadi pak lawak dalam kelas, jadi mak, jadi guru agama, jadi model fesyen, jadi motivator, jadi pengawas,...itula cikgu..semua watak kita pegang..
      
        Saya ingat pesan guru saya..long ago, kalau kita jadi cikgu maka ajarlah anak orang baik2, nescaya anak kita pun akan di ajar baik2 oleh cikgunya..


   
         Masa dah membuktikan semua itu..I can smile now ..ear to ear..ha ha.TQ Allah.