berpantun sambil memetik bunga..he he.
Sudah lama I've been thinking to show bunga2 di halaman rumah saya..Tapi kerana bilangannya boleh dikatakan banyak, maka saya bertangguh day after day. Malas nak ambik gambar dan upload..
.Petang ni kerja tak banyak sangat, file2 dah diupdatekan, mesyuarat panitia dah di siapkan minitnya..
Just finished scrubbing the bathroom floor, toilet belakang dah di berus bersih,
Kain baju dah berbasuh, lantai dapor dah di mop...clean.
Jum kita round tengok keliling , pasti tak jemu2 melihat bunga2 yang sedang berkembang.
Sambil ronda2 tengok bunga saya, dengar la saya berpantun..Actually saya sangat meminati pantun2 lama, yang sangat indah atur bicaranya..pembayang maksud di reka dengan sangat berhati2 supaya rima akhirnya bunyi sama..saya menyimpan , menyalin pantun2 ni dah lama, tersimpan rapi dalam sebuah diary lama.
Jum kita mula..he he.
Anak ayam hilang di semak
terciap-ciap memangggil ibu
kembang berkembang bunga nan banyak
petik la satu dalam seribu..
Alamanda ni dan bunga taik ayam di bawah nya terletak betul2 di pagar sebelah kiri rumah saya...sangat cepat layu, mesti di siram banyak setiap kali..
Disini merak di sana merak,
Merak seekor dihujung tanjung
Di sini hendak di sana hendak
Badan seorang mana tertanggung
Beautiful bougainvillea...rajin berbunga.ni di luar pagar saya..
Anak angsa terenang-renang
itik jenti dalam perahu
Saya saja terkenang-kenang
Orang benci saya tak tahu
I love this one..dapat benihnya diBatu Pahat Perlis, masa saya membeli madu dan Bpollen dulu.Love the colourful flowers..striking di lihat even from far. I put this di luar pagar..Jiran2 minta biji benih kerana sukakan kecantikkannya..(dont ask me for the name..I dnt know he he.pandai tanam tak tahu nama)
Tilam emas bantal suasa
Bercerai tidak bertemu tidak
bagaikan lemas bersalai rasa
Ni di tembok sebelah kanan.more bougainvilleas, notice bunga putih tu..tak jemu berbunga..so nice..
Cincin intan jatuh ke selut
kelip-kelip di tepi paya
Kasih tuan embun di rumput
datang panas hilanglah dia
Ni di luar pagar rumah...nampak from far away...cantik tau.colorful macam tuan dia..ha ha.
Burung merak membuat sarang
Anak sungai lagi berubah
Inikan pulak hatinya orang
Alamanda dari dekat....
Benang bola benang teraju
simpul pulihkan di layang-layang
tuan sutera saya belacu
manakan boleh berkasih sayang.
these yellow flowers (tak tau nama) rajin berbunga walaupun I put it quite at the corner tapi tetap maintain berbunga..
Kalau nak tahu buntingnya padi
pedanglah rumput atas permatang
kalau nak tahu runsingnya kami,
Pandanglah laut berombak petang..
Bunga taik ayam yang saya paling sayang. tengok from near memang warna nya bright..but I read somewhere pokok taik ayam beracun...(tak peduli tanam jugak)..
Kalau begini rupanya padi
ke darat juga akan condongnya
kalau begini rasanya hati,
melarat juga akan sudahnya..
My hibiscus...sayang terkoyak kerana angin kuat..tapi banyak lagi masih berkuntum, nanti msti besar bunga nya keluar..
Apa di pandang kepada tudung
Tudung saji terendak Bentan
Apa di kesal kepada untung
Untung dah janji peminta badan.
Ditepi sliding door, sebab dia tak mau direct sunlight, air banyak mati, baja kimia tak boleh, kena siram air basuhan ikan saja...cerewet.tapi sayang juga sebab bunga cantik,and daun look like plastic..fresh..
Burung dekut meniti batang
Ditembak orang jatuh ke lembah
Bagai melukut di tepi gantang
Tidak mengurang tidak menambah
Di hujung sana tempatmu bunga melur
Bukan di taman yang indah bunga melur..
(masih terdengar P Ramlee menyanyikan lagu ni..) wanginya bukan kepalang..saya letak di rambut or masuk saja dalam tudung masa nak pi kerja pagi2...wangi.. atau tabur saja on the bed...hmmmmm.
To my dear Angie, I know u love roses..look at the buds ,kena penyakit..habis kuntum2 nya keras..sayangnya. Tapi ysterday dah kena sembur dgn racun .hopefully lpas ni lagi banyak bunganya.
Nasib baik these yellow roses ni tk kena attack...
Buah pala di dalam geluk
Bungkuskan kain bawa ke ladang
Api bernyala di dalam lubuk
ikan bermain di tengah padang
Bunga cina..harum semerbak.payah nak cari sekarang .di rumah saya kembang mengharum seluruh taman...
Kemboja merah..lama dah berbelas tahun, dah kurang subur sebab dah tua macam tuannya..ha ha.tapi still blossoming beautifully..
Layang-layang mandi di buih
Ombak berpalu orang memukat
kasih sayang dicari boleh
hendak setuju jarang yang dapat.
Ramai orang tak suka tanam pokok ni sebab ulat suka, tapi I suka, sebab rajin berbunga, walau murah dan easy to find but I never get bored looking at the flowers..
Anak beruk di tepi pantai
Masuk ke ladang mencuri ubi
biar buruk kain di pakai
Asal pandai mengambil hati
Another old collection. setia berbunga for me...
Tikar pucuk tikar mengkuang
Tikar di tempah raja Melayu
Ikan busuk jangan dibuang
Buat perencah si daun kayu
Orchid saya yang sangat rajin berbunga..tak pernah putus, unlike the other orchids I have..
Bintang tujuh tinggal enam
Jatuh sebiji ke Gunung daik
Hilang sepuh tinggal senam
baru ku tau emas tak baik
more orchids..
Dian tiga lilin pun tiga
tanglong tergantung di kedai Cina
Diam juga yakin la juga
Ada untung tidak kemana
tudia , buah hati pengarang jantung saya..
pantun2 pun dah habis, sudi sudi la kawan2 balas pantun tu, tak banyak satu rangkap pun ok. sama balas pantun sama jeling bunga2 yang manis menawan tu..tenang hati kan?
On Saturdays I will spend my whole morning attending to these beautiful flowers, letak baja, gembur tanah, tambah tanah, tukar pasu...anything to make them comfortable and mudah to bear more flowers for me..Sayang sekali saya baru trim roses saya yang lain,.tinggal ranting saja.nanti when they start to flower I ambik gambar for you all to see...ok. Bye.
Moga2 hati kita semekar dan sewangi bunga2 ini..
alahai tak pandai berpantun lah kalau dua tiga kuching berlari tu tau lah hahaha..
ReplyDeleteDua tiga kuching berlari
Mana nak sama si kuching belang
Dua tiga taman bunga boleh ku cari
Mana nak sama bunga-bunga ditanam IM sendiri...boleh ke pantun mcm tu?
Beautiful flowers...a wonderful flowery sight for this sore eyes. I suka bunga tapi nak tanam sendiri sentiasa tak menjadi...tak ada 'green fingers' hehe
This comment has been removed by the author.
Deletedear naniasda, the pantun is ok except for the last word in the last line.to make it rhyme letak saja last word tu seorang instead of sendiri...gd try.now dear, here is my reply to yr pantun :
DeleteNaniasda cari kelapa,
hendak memasak sayur keladi
tak da green fingers pun tak pa,
cuba cuba tanam lama2 menjadi.
Insha Allah..lagi-lagi dah nak bersara hujung tahun ini so kena tanam minat ber'gardening' pulak mana lah tahu kut 'lama2 menjadi' as in your pantun nanti kita tayang kat blog...haha
DeleteMelati cantik tumbuh melata
ReplyDeleteDi sangkut teruna dikayu jati
Bunga cantik di pandang mata
Umpama kasih bertaut dihati
sayang dara tiada berteman,
Deletepergi merantau di tanah jawa;
indah bunga berkembang di taman,
sejuk hati ku damai dijiwa
Kayu manis rasanya nyaman,
ReplyDeleteBuah pala pelengkap rasa;
Daku menangis tidak ketahuan,
Dalam tawa tersimpan rahsia.
Beras sudah saya taburkan'
Deletepadi malinja dari Melaka,
Puas sudah saya hiburkan,
Hati rindu teringat juga.
tq Kamsiah.
Saya tak pandai nak berpantun la IM. sangattt tak ada talent. Samalah dengan delicate bunga2 nie...suka tengok, tapi tak berapa masuk sikit.
ReplyDeleteOh, bunga putih yang rajin berbunga tu, masa kecik2 dulu selalu cucukkan kat batang bunga lalang...jadikan rantai. Best jer.
And, inilah first time saya tengok bunga cina. Ada bau ekk?
Dear Aziela, this is the rply to yr question in pantun of course.:
Deletejernih air penuh di lopak'
semut kerengga penuh melata;
Bunga cina putih melepak,
harum baunya tiada terkata.
lawa laman akak, penuh bunga dah macam taman bunga bandaraya
ReplyDeletedulu sy tanam beberapa jenis bunga ros kampung
wangi je pepagi bila lepas hujan
sekarang dah malas, ada la pokok bunga melur hidup sendiri
jarang2 siram
Irfa,memang ros kampung wangi sangat2.tk macam ros modern.pokok melur memang payah mati, siram sikit dah tumbuh balik.and one pantun for you my dear :
Deleteceteknya alur seruas jari.
sayang teratai masih terapung;
cantiknya melur putih berseri,
harumnya sampai melintasi kampung.
kasih di tuai di alam maya
ReplyDeletebila bersua muka macam kartun
cantik sungguh puan indamarya
sudahlah cantik pandai pula berpantun
okey tak kak?
Irfa, pandai pun dia berpantun..puji tuan blog pulak tu, ni la jawapan daripada hamba:
DeleteIrfa mencari benang selembar,
burung nuri dalam perahu;
belum tentu betul wajah di gambar
jumpa sendiri baru boleh tahu..
Orang yg suka menanam bunga ini tentunya rajin . kalau tanam lps tu tak peduli kering lalulah jawabnya.
ReplyDeleteindah sungguh dua mempelai,
Deletememadu kasih di Pantai Chenang,
membaja, menggembur, menyiram membelai,
pokok berbunga, hati pun senang..
mesti meriah dan ceria je rumah Cikgu ni penuh ngan bunga warna warni. Laman rumah pun nampak sejuk
ReplyDeletedear MystoryPic, ni response nya dari hamba :
DeleteCantik bulunya sang raja singa'
cantik lagi bunga melati;
apa lah ertinya laman tanpa bunga
kan bunga tu penyejuk hati?
wow saya pun suka berpantun!! cantik sungguh entri ni berhias bungaan...
ReplyDeletesaya singgah sini dulu, nnti saya masuk lg ya...ada hal mengejut pulak perlu diselesaikan....grrrr
dear friend,msti u busy giler kan? its ok, nanti singgah lagi.
DeleteKak Zai tak pandai berpantun tapi bunga cina tu memang menawan hati. Nanti kalau pergi Sg Buloh nak cari.
ReplyDeleteOrkid...idaman sepanjang masa hihi....
boleh di rebus atau di celur
Deletesupaya ulam menjadi lembut
wangi bunga cina mengalahkan melur,
slalu saya petik letak di rambut.
mentang2 lah entry kali ni temanya pantun , nak jawab sepatah pun saya berpantun..he he.sorry Zai, tengah dlm mood pantun ni..
ReplyDeletecantik sungguh bunga dilaman
pujaan hati si adik manis
secantik tuannya alahai teman
makin dipandang bertambah manis
:)
berseri2 macam aunty jer bunga tu
Harnida, tk sgka org muda pun pndai pantun.ingat yg dh jdi mak tok saja boleh pantun he he.kena balas ni , mana boleh kalah...
DeleteOrang Acheh membeli lada,
tinggi mengawan si asap api
trima kasih adinda Harnida
bunga tu la pengubat sepi..
IMMMM!! ...OMG, soo beautiful your bunga bungaan... Shhh... skrg ni tengah kerja. I curi2 masuk, nak rehat sekejap. hahaha...Tadi baru habis meeting...Will come in again later tonite ye..:). Nak sambung kerja ni hehe......tata for now..
ReplyDelete.
ok ok.kerja jgn tk kerja.tu boss dok tengok tu..nanti boleh jumpa lagi..tata..
DeleteAmboihh banyak nye bunga.
ReplyDeleteOre kelate panggil mek bbungo hehe.
Errr bunga2 arwah mak saya.. semua udah kering + layu sebab saya tak minat bunga.
Kalu buleh.. sape-sape nak, amik je huhuhu.
Teacher nak tak? Meh amik :D
wahai dekdaa, dengar ni saya nak cakap:
DeleteSeri Siantan lagu dinyanyi
buah bidara jatuh tersangkut;
kalau kelantan tu dekat2 sini.
dengan segera saya pi angkut.
IM yang gorgeous, I terlompat lompat kegirangan ternampak nama I kat buga Ros yang sangat cantik... tema kaci banyak2.. soooo lovely.. and even if the buds dah di serang serangga, takpe. Roses are not easy to plant no? Woww..rajin nya tanam bunga. Bukan sikit tu. macam satu taman. Orang kata only those with green fingers come up with healthy plants..I beg to differ...hehe.. Only those who really love plants and their heart in it will come up with healthy plants.. Dear IM, you are one of those...tu lah all your flowers, plants turn out so well.
ReplyDeleteYour bunga melur....sorry ye I tak reti nak berpantun so I tipu skit..hehehehe.. ambik lah lagu P Ramlee..hahaha..
"Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai
Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu
Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa
Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja"
IM, you yang mula tadi kan.... ekekeke...
amboi, amboi my dear flawless, bagi lagu na...u make me singing as I read the lyrics.
Deletemasa I ambik gambar ni last week memang kuntum tu tak open lagi.tiba2 tengok pagi tadi dah bloom.bestnya .nanti balik sekolah i ambik gambar bagi u tengok ok?
pantun memang budaya orang melayu, tapi I am not going to dissapoint you.Ni terima satu pantun in English for you. hope u like it.:
How high the palm leaves stretches,
Higher still the smoke of fire,
How high Mount Ophir reaches,
higher still my heart desire..! !.
apa macam boleh? you and Queenie memang workaholic...apa pun sebelum tidur make sure...dah letak cream? ? ha ha
Dear pretty....sebaik jer I pegang kibod, azan Isya' pulak berkumandang...hehe tapi takpr la...layan diri dulu, dah terlampau penat sgt ni...Allah Maha Mengetahui...kan?
ReplyDeleteI mmg suka berpantun, cuma masa jer semakin mencemburui...dulu2 bila ilham dtg, terus capai pen..skrg tgn dah sarat ngan senduk dan sudip, takdan lagi dah hahaha
okay, bagus jugak you wat entry ni kan...meh I join sekaki, boleh?
pokok betik subur di laman,
duduk bersila menyusun mercun;
kalau memetik bunga di taman,
jangan pula perdu diracun..
racun diperam menjadi damak,
damak disimpan di pohon seroja;
jangan amalkan menjadi tamak,
bunga sekuntum tidak berbaja...
memasang dupa di Tanjong Karang,
dupa berasap tahan seminggu;
tidak mengapa dibenci orang;
kekasih yang baik pasti menunggu...
kasih diterima kasih diberi,
seutas kalung mula dibeli;
memang malang nasib siisteri;
jika digantung tidak bertali...
sungguh rimbun si buah manggis,
kulitnya hitam, manis isinya;
kasih bak embun jangan ditangis,
sungai dikaki tak putus airnya...
anak kedidi anak merbah,
terbang rendah di kain kasa;
jika hati mula berubah,
jangan ditunggu membuang masa...
sepagi memasak sikuih putu,
putu wangi dicampur pandan;
belacu dan sutera boleh bersatu;
asalkan bijak mengatur padan...
anak-anak bermain gasing,
gasing tersangkut tali melintang;
jika hati merasa runsing,
pandanglah langit, kira lah bintang...
jalan kebendang meniti titi,
kaki bersalut gelang suasa;
jangan diikut rasanya hati,
ikutkan rasa sendiri binasa...
heh heh heh cukup dulu la ya....:)
tudia...tabik tabik.jum kita masuk pesta pantun? boleh menang ni ! ha ha.
Deletehamba memohon diri, tak terlawan puan Queenie punya penangan, tapi sebelum tu nak kata juga sikit ja..he he.
indah sungguh bunga melati
tumbuh bersama si pohon jati;
iman itu pelita hati.
moga Yang Esa merahmati.
kudup dah kembang di kali
cantik berenang si ikan gapi.
hidup ini hanya sekali
lets be happy.....
TQ dear Sweetie .you tk cr.dnt work too hard.
PS>teringat Uncle AL. apa la khabar dia agaknya.
jangan main api,
Deleteyea lets be hepi...:)
terkini Uncle AL ada dalam blog Lee prev post, dapat pun dari Jully...
hanya doa mampu dipohon...
ok...I'm speechless! terkebil2 tengok semua bunga2 tu gojes macam owner dia gak. and dat's why I couldn't think of a single 'pantun' pun. ~alasan! hihihihi
ReplyDeletecantiknye teacher! tapi kalau dapat kat I, alamat seminggu aje lah dia meriah. I was not born for gardening obviously. ~nanges.
Dear RedRose, its ok if you dnt have green fingers as long as you always have gd food on the table always...he he.
Deleterasa tenang bila tengok bunga2 yang cantik ni :)
ReplyDeletetrue Liza, sure enough it gives me such calmness..you try le..baru tau..best tau.
Deletecantik..dan sgt rajin tuannya! =)
ReplyDeletesalam Jojet, welcome to my blog yg tk sprtinya..yes I love flowers.banyak di rumah..tapi penat jugak mnjaganya.maintain selalu.kalau tdak dia tk brbunga pulak..
DeleteHi IndaMarya, wow...all the flowers look beautiful macam owner. :)) The 3rd picture flowers we call African daisy.
ReplyDeleteGardening is a form of good exercise too. Happy gardening.
African daisy ?.baru saya tau..these flowers really look striking.frm far you dah nampak..banyak jiran mnta .Tapi umur dia tak pjg. A month or two dah mati...but I keep on semai lagi benih supaya new plants grow.same species..
DeleteHi IndaMarya, Wow! Looks like a botanical gardens. I am very impressed with your garden and the beautiful tropical plants.
ReplyDeleteBut more distracted at your header gambsr.
IndaMarya....If I was there, under different circumstances, I chepat chari florist shop, buy you a single red rose...give to you, and say, "just to make the rose jealous". Ha ha ha.
You really look, hmmmm, must chari the right words....Ok, got it...you look scintillatingly, alluringly beautiful! Nasib baik tu kuda keeping still tidak lintang pukang. Love your fashion flair and outfit....very glamourous!
Glad to read you keep yourself busy at home, housework and gardening.Love those white jasmine flowers, bet they give out a beautiful scent.
Have a fun weekend, and hold that beautiful smile.
Lee.
Hi Lee, well tq for the jalan atas awan pujian, memang rasa macam walking on the clouds ha ha..
Deletewell about those flowers at home, they really keep me busy. I just make sure they are regularly watered, baja never missed once a fortnight, trimming once a month and another secret, sing softly while going round them evry evening...I think they heard, becos I dnt know whether it was just a coincident or its for real, I just commented my orchid yang just kurang bear flowers last week, I said," awat la kamu ni tk mau bunga, I just give you makan, mandi fresh2...sambil gelak2 kat dia and I stroke the leaves ambil singing softly...to my surprise yestrday I nmpak dah keluar kuntum..yellow.I was impressed and wanted to continue with that amazing trick to the rest of them yang malas berbunga...(have you heard people doing that before? I thnk I heard somewhere)
The jasmine memang wangi.I will pick one or two in the morning and letak dalam rambut before going to school, i guess people get mix up, with the perfume I wear, becos dia dah bercampur dgn bau jasmine he he.
have a nice weekend my friend, and of course lagu dalam hati kena simpan ketat-ketat. ha ha.
assalam, cantiknter, rajin nyer menjaga nampak subur2 semuanya..
ReplyDeletewaalaikmslm, trima kasih BUNDA, jaga hari Sabtu ja.hari lain stakat menyiram saja.
ReplyDeletemiss those beautiful sight of flowers at our home..but what i miss the most is you ler..really homesick..thats why sometimes I purposely don't want to read your blog..because it makes me miss you more and more..
ReplyDeletealoor, kakak, berlinang ayaq mata baca ni. InsyaAllah kita dh plan mcm2 kan? mcm mana pun will go see semua anak2 soon.since cuti raya haji so short.Anyway mak doa apa yg kita minta will come true (inclucing that special wish I ask for )..jaga diri baik2, jaga baby dlm perut tu he he, tak sbar tunggu sikit hari lagi nak pi..see you all.
ReplyDeleteBunga yg seperti tuannya....saya hanya ada mak ndak yg jaga & sibuk dgn keje, bunga 2 saya entah ke mana
ReplyDelete