Maysa...dan yang senasib dengannya.



        Saya di dalam kelas 5C. menggantikan kawan yang tak sihat.
        "Good morning class "
  Saya isi masa itu mengajar grammar. Pronouns.  habis drilling ,tiba masa menulis latihan, teringat saya nak bertanya.

      "  Sapa dalam kelas ni dah tak ada emak atau bapa."
      "  Saya teacher." sorang budak laki mengangkat tangan.
      "  Mak atau ayah? kemana depa? meninggal? "
      "  Dak aih.ada dua2.tapi saya dok dengan tok."
      "  la, mak ayah pi mana? "
      "  mak tak suka ayah, ayah pun tak suka mak dah.Depa cerai.tok bela saya."

     Terkedu saya.pasai lapulak saya bawa topik ni.mesti ada yang sedih nanti.Ish.
     " kamu tak jumpa dah depa? "
     "Ada . masa cuti mak balik "
     "berapa lama? "
     "2 , 3 hari "
     "kadang2 ayah balik .atau saya  naik bas pi rumah ayah di KL."
     Saya terkedu lagi.budak sekecik tu dah melalui pengalaman sayu pilu macam tu.
     "kamu suka pi rumah sapa? mak atau ayah.? "
     "Saya suka mak.Ayah dah kawin lain. anak tiri dia suka buli saya. mak tak kawin lagi.saya suka mak balik sini "
      " kamu suka duk KL ?"
      "tak suka."
      "apa yang kamu suka? "
      "saya suka mak ayah duk sekali macam dulu." ..

       Aduh sedih giler ni. Air mata saya tergenang..
       Tiba2 ada sorang budak pompuan di tepi tingkap angkat tangan dan berkata.
      " teacher. tu Maysa tak dak mak "
      " yang mana satu Maysa.? tolong berdiri."

       Dengar namanya tahula saya dia budak Thai. Tapi fasih brcakap melayu.

      " mak mana Maysa.? "

      "mati dah." jawabnya pendek.
      Mesti mati muda ni.sebab Maysa anak sulung.
      " Ayah? "
      " ayah pun mati.Kencing manis"
      " Bila?"
      " Dua dua tahun lepas."

               Saya panggil dia kedepan. dekat saya.Cantik budak ni ..hidung mancung. kening dan bibir cantik. Rambutnya di ikat satu tinggi.

      "Maysa dok dengan teacher nak? Rumah teacher ada bilik kosong.nanti Maysa mai sekolah sama2 dengan teacher. Nak ?'
      geleng kepala.
     " Awat ?"
      "kesian kat tok."
      "kamu dok dengan tok ?"
      "Ya. dengan adik mak sekali..Depa bela saya."

      Yang paling bising dalam kelas angkat tangan.
      "Teacher, saya ada ayah tapi sakit. Ayah dok atas kerusi roda. Lumpuh. "
      "Mak ? "
      "Mak kerja angkat barang di Kangar."

      Aduh.hancur luluh hati saya...Ramainya murid2 yang susah, yang menderita kerana masalah keluarga. Broken family. Yang ibu bapa tak bekerja kerana masalah kesihatan. Sakit kronik dan lain2.
   
         Loceng rehat berbunyi. Saya mencapai beg.

         Saya melihat Maysa. Dia tengok saya.

        " Ok Maysa? Nazri? nanti jumpa teacher kat bilik guru."

         Saya tercegat melihat kanak2 itu menuju ke kantin. Fikiran saya berkecamuk.Teringat kisah pilu saya masa kanak2..dan kesempitan hidup yang amat perit masa itu . Saya melangkah ke bilik guru.
         Ya Allah kalau la aku kaya....


       
                   
                                                              Maysa and I......

       
     





Comments

  1. Hi IM, mengalir airmata baca your post.
    Sometimes we forget how fortunate we are and kadang2 mengeluh and lupa ramai lagi yang lebih susah.
    IM, you kaya, kaya hati .. And i wish you obe day will be lebih kaya harta so can share like how you are sharing your heart now. Thank you and God bless you..

    ReplyDelete
  2. Amin. amin.Tq kawanku beautiful Angie..moral of the story ...as we grow older our hearts grow smaller.jadi sensitive.Feel like helping evrybody.although we know we cnt afford to do so..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. yes harnida vry sad to be there dgr cerita depa..

      Delete
  4. cerita sedih dalam satu kelas

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes Nieda...actually bnyk lagi.nanti I will share kalau masa trluang

      Delete
  5. Sedihnya kak zai baca. Betul kata indamarya kalaulah aku kaya.

    Bila kak zai ke Terengganu ramai jumpa orang susah rasa macam nak tolong semua tapi apakan daya. Hanya yang termampu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.kalau saya kaya anak2 murid la akn di dahulukan.ramai sungguh yg miskin.tapi tak la seteruk saya masa kecik2 dulu.tapi masih sedih.bawa duit poket 50 sen.nk beli apa zaman sekarang..last2 saya suruh mkn and masuk account saya.

      Delete
  6. Sedih baca post ni. Mulia hati cikgu. Post ini buat saya teringatkan kisah murid adik sy. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. lets share Cik Baayah.ceritala..kita nk dgr..

      Delete
  7. sapa potong bawang nih, adoi
    sakit mata lah pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Irfa, saya yang potong haha.sekali sekala kita share cita sedih Irfa.jgn nangis.nah tissue sekotak saya bagi.

      Delete
  8. sedih..

    semoga Allah permudahkan semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam Nita, tmorrw will see them again in school.budak2 baik but unfortunate sikit.

      Delete
  9. Maz,
    Jadi guru beri peluang yg banyak utk kita buat kebajikan.Dimana2 saja ada kisah2 murid yg menyentuh hati.Kalau tak dapat tolong dgn wang,kita tolong dgn kasih sayang esp yg dari broken family.
    Teringat time mengajar dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes kak, betul tu.saya reka satu plan di mana kalau murid ada masalah dan tk mau kawan2 dia tahu dia boleh tulis surat dan letak dalam laci meja saya di bilik guru.The matter will be kept confidental just between me and si polan itu.and I wll try solve their problems.kdg2 psai ibu bapa, pasal kena buli dgn kawan.masalah tk da duit nk beli buku dn sebagainya.and I see by doing that they get even closer to me.

      Delete
  10. Sis, bila dah nampak depan mata, hati meronta2 nak bantu. Soalannya, tergapaikah kita....? Huwaaa...sedih

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear Aziela, boleh sebenarnya.kita tackle yang penting dulu.kalau masalah kurang mendesak memadai kita nasihat saja.tpi kalau msalah nk beli buku I will not wait a moment longer.masa tu juga bagi duit beli.paling bnyak saya kena bagi sorang budak dlm RM 30 saja.It depends kdg2 ada juga lebih.tapi saya boleh nego dgn kdai buku sek.bayar hjg bulan misalnya..

      Delete
  11. Tulah sebab i cukup marah kalau ada org mengajar main2

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear anonymous...kita di bayar setiap minit.semestinya la kita mengajar betul2 kan?

      Delete
  12. saya sangat2 tersentuh membaca entri cikgu ni...dalam usia yg masih mentah..mereka terpaksa melalui episod kehidupan yg sebegitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kesian.dan tiap2 hari saya tanya bnda sama bila masuk class. mcm mana hari ni ? ada duit poket. ayah ok? mak sihat.? just to show I care.

      Delete
  13. Dalam bab kasih sayang rasanya mereka ni dapat cuma ujian kesusahan dan broken family menyebabkan mereka jadi berbeza dengan rakan-rakan lain. Sedih dengan anak pertama yang mahukan ayah dan mak berbalik sedangkan tahu itu takkan mungkin terjadi... Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai che mid.syok tengok awak yg slalu trsenyum manis..betui che mid.kanak2 ni ada dpt ksih syg dri ahli kluarga lain tapi of course tk complete without kasih mak ayah sejati.

      Delete
    2. Jawab sini ya..Inda, kami guna handphone masing-masing je. Tapi kebanyakan gambar memang cantik-cantik..tak reti pilih yang mana masuk entri. Mungkin sebab aura kami tersendiri tu yang buat gambar seri-seri wakaka perasannnnn!

      Delete
    3. dear che mid.msti hndphone u mahal kan? kami guna yg murrrr saja.haha.

      Delete
  14. Salam. Hee sedih membaca cerita kesusahan broken family mereka. Tapi gambr yg last tu cikgu pun lawa juga. ;-p

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq friend.yes ramai di sekolah ni yg dari broken family..kesian kanak2.kecik2 dah rasa susah hidup.

      Delete
  15. May many teachers mcm IM... sedihnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kain dalam cikgu luruh..!!

I sing this song for you..."Sepanjang Jalan Kenangan "

teacher pening la macam ni..