To my children on Mother's Day.
Anak-anakku : Famila, Ahmad Khazimi, Faten Allia and Ahmad Suhail Qamil.I wrote sajak ni this morning.Dah lama tak tulis dalam bahasa Melayu.sempena hari Ibu ini, lets share this .What I feel, what u all will feel when u too become mothers and parents soon.
Di mana aku mendapat tenaga ini,
membuat semua ini hari-hari,
mendidik,menjaga ,mengasuh,
se awal gigimu belum tumbuh.
Di mana aku mendapat tenaga ini,
menjadi temanmu petang dan pagi,
memasak.mencuci.memberi susu.
walau tubuh lemah letih dan lesu.
Di mana aku mendapat tenaga ini,
menjagamu yang demam di dini hari,
tika burung belum lagi menyanyi,
Tika orang lain masih di ulit mimpi,
Di mana aku mendapat tenaga ini,
membelai, memujuk ketika kau menyendiri,
menjadi temanmu ketika kau sepi,
mendokong, membantumu yang letih berlari.
Di mana aku mendapat tenaga ini,
Terus mendoakan kehadrat Ilahi,
Kebahagiaan mu meniti hari,
Walau sendiri teramat sunyi,
menjalani hari tua yang semakin menghampiri..
Comments
Post a Comment