Hi Teacher.! !


      Dah 3 hari dia  di situ setiap kali saya ke kereta masa nak balik. He smiled.Manis. And saya balas senyuman dia.
     "Hi teacher ." sapa dia.
     "Hi " saya jawab.
     Terloncat2 dia gelak.
     "Awak darjah berapa ? "
     "Darjah 4 "
     "Saya tau nama teacher ."
     Matanya berkilau2.
      "Mana tau?"
      "kakak saya drj 6. Teacher ajaq dia ."
      "Oh.."
      "Bye teacher " tangan keciknya melambai saya bila saya masuk ke kereta dan mula nak bergerak keluar.
      "Bye .." I said.giving him the widest smile ever.

      Dia capai basikalnya. Dia kayuh laju mengikut kereta saya. Apa hal pulak budak ni dok ikut kereta pulak nih.
      "Rumah di mana ? " saya tanya.
      "Taman tu "
      "Dah pergila balik rumah.Semua orang dah balik." I said.
      "OK .bye teacher " ish berapa kali nak bye ni..(dalam hati ).

        I would always see his familiar figure around my car.
      Ish budak ni dok tunggu sini ke? ..heran pulak.
      'Awat kamu dok tunggu saya sini tiap2 hari ? "
       "Saja..."
       Esok tak yah tunggu na...saya ada mesyuarat."
       Dia mengangguk .

       The next day we really had a meeting. Habis dah hampir 320 ptg.
        Saya melangkah letih kekereta.

       Aik , ada juga hang tunggu..karut dah ni ..
       Buat pa kamu tunggu saya? dah pi balik , pi balik buat kerja rumah kalau ada." I said with a firm voice.
       "kerja rumah tak dak.. "
       "Kalau takdak, baca buku nanti nak peksa ni "
        Dia menunduk dengan muka masam.
        "Saja nak tengok teacher. Baju teacher cantik . Beli di mana ?  berapa ringgit ? mahai ke ? "
        "Sudah dah . nak tanya harga baju saya pulak. "


          " kamu ni lelaki. Pasai apa nak ambik tau semua ni?"
          " Mak saya tak beli lagi baju raya. hari Khamis ni baru kami nak beli baju."
          " ooh.."
          "Berapa ringgit teacher ? "sambil menunjuk ke dress yang saya pakai.
           I tunjuk dengan jari " RM 200. Saya tak beli .anak saya hadiah."

           " kakak kata teacher nak bagi duit raya kat dia , saya tak dak ka.? "
           " Bapa kerja apa ? " (Sebenarnya saya sudah tau saja nak tanya. because his sister was included in the list yang perlukan bantuan.Memang orang susah.

           "kerja kampung, kadang2 dia pi cat umah orang, kadang2 dia ambik upah mesin rumput."
           Hati saya dah sayu. Mulut terkunci.
           "Adik beradik berapa orang ? "
          "5 orang "
          
           "Nanti saya bagi duit raya na. esok saya bagi.hari ni duit saya dah habis beli biskut raya."
           "Ok teacher." Dengan pantas sambar basikal dan mengayuh pergi.

           Saya mengeluh panjang..teringat kisah hidup saya puluhan tahun dulu.susahnya hidup tanpa ayah. peritnya kehidupan masa tu.

            Today masa saya ke kereta, dia sudah di situ .
            " Teacher " dengan senyuman nya. Saya keluarkan RM 50.mukanya berseri2 tengok sekeping 50 di tangan saya.
             "Teacher bukan orang kaya, ini saja teacher boleh bagi.Jangan lupa cakap dgn mak teacher bagi duit ni. Biar dia tahu. takut kamu  belanja beli mercun pulak."

             " best la teacher ni." Dia menarik basikal nak memecut pergi.
             "hey , cakap apa teacher bagi duit ? "
             "TQ TEACHER ! ! " Dia sudah sampai di selekoh pagar sekolah.
             Rupanya ada hajat dia menunggu saya setiap hari..kesian kanak2..moga dia happy.
             Today I will get his house phone nmber from the class register, kena call mak dia.Bukan apa ,takut kena tipu lagi..he he.

             
          






Comments

  1. Alahai budak. Bila dengar kakak dapat duit raya, dia pun berharap sama. Itulah erti kesusahan tetapi anak sekecil itu mungkin belum dapat menerima dan memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Azie, tu la, saya ni tk smpai hati.now kawan2 pun siap ckp kat murid2 .sapa tk bwa duit saku pi jumpa teacher..kalau 3 org satu hari ? tapi hati saya puas.saya ingat zaman saya kecik2 dulu.terliur tengok kawan makan.saya tau mcm mana pedih dan sedihnya..mudah2an Allah menambahkan rezki kpd saya utk terus bersedekah.

      Delete
  2. admire kat teacher ni..
    tp sungguh baju cikgu2..lawa2.

    ReplyDelete
  3. you are so generous!
    will the words spread like wildfire and many will be waiting in line ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. My dear Anonymous, tolong doa Allah tmbah rezeki ..then I can give more. Those sad times bnyak mengajar saya jgn kedekut..If only I am rich...he he.

      Delete
    2. doa will overflow from all of us who are benefiting from your very touching experience, and especially so from those who have received their share from your rizq.
      Allahuma Bariklakum. Amin.

      wish to meet you one day, u look so sweetly youthful.
      I am much younger but apparently aging faster than you,

      Delete
    3. dear Anonymous. I like to meet u too...

      Delete
  4. bergenang air mata saya baca kisah ni.
    bertuah budak tu dpt cikgu yg pemurah.
    semoga cikgu dimurahkan rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Nieda. Amin..moga Allah limpahkan rezki.

      Delete
  5. Kak saat kita tiada bila ada yang sanggup memberi umpma mendapat segunung emas gembiranya.

    Tiba2 air mata meleleh, saya juga yatim sejak umur 2 tahun. Hidup susah yang membuatkan hati kental menghadapi hidup dan bila berada di tahap sekarang kita rasa tidak lokek untuk memberi sebab kita juga pernah berada seperti mana mereka dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui Aina.hanya org yg prnah mengalami akan jadi sgt perasa mcm kita..tapi kalau Aina jadi cikgu tau la mcmmana yg I rasa.Setiap hari kita jumpa mcm2 budak dari famly bckground yg berbagai. kalau tk bagi saya tak boleh lena mlm.esok cpat2 saya jumpa budak tu dan bagi.lpas tu saya rasa lega , becos I knw depa seronok..

      Delete
  6. asssalam teacher...
    saya tak dak duit raya jugak ka?

    hahaha

    teacher..awat saya hantaq email x berjawab..salah alamat ka?

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adik comei nak duit jugak? boleh2.mai .tapi nk bagi singgit ja.lpas tu nak suruh buat puding2 yg sedap jamu kami..he he.mana aci kan? suruh buat puding buah sedap,upah singgit ja..jgn mare.

      Delete
    2. ala..awatpuding buah saja...?
      tak mencabaq langsung..muahahahahah..
      cuba soh masak gulai..baru mau ketaq lutut chek >_<

      Delete
  7. Padanlah hari2 dok tunggu teacher...rupanya ada benda nak tanya...
    Sebak pulak baca hal budak ni...tiba2 teringat kat anak2 saudara kat kampong nun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUNDA. tu la kanak2 .Kdg2 kita tak tau apa dl hati depa kan?

      Delete
  8. Oooo...itulah hajat dia yer...hehehehhe. Semoga kak IM terus dimurahkan rezeki. Amiin....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kain dalam cikgu luruh..!!

I sing this song for you..."Sepanjang Jalan Kenangan "

teacher pening la macam ni..