Lawatan di teruskan..
Is pemandu pelancung kami seterusnya membawa kami melewati Tabek Patah, di Batu Sangkar.ke kilang kopi..tengok dulu bunga2 sekeliling.Kena ambil gambar juga.Dasar gila bunga..he he
Di bawah untaian bunga yang cantik. Tersenyum lebar saya.mana ada di rumah saya macam ni..
Kemudian masuk ke kilang kopi yang menghasilkan kopi panas herba dan kopi daun mulberry.Semua kami mencubanya. Di hidangkan bersama pisang salai goreng yang manis..Latiffah dan Asmah borong juga.Saya tak beli apa pun disini..Mungkin sebab duit Indon saya dah tinggal se keping.Akan menukarnya nanti untuk membeli benda2 lain yang saya idamkan..
Kami terus di bawa ...ke Istana Pagar Ruyung yang belum siap dibaiki..Tergamam melihat indah dan besarnya bangunan itu.Dari jauh nampak macam gergasi yang melihat setiap pengujungnya..
Di bawah tempat saya berdiri ini ada penjual tempatan menjual ciku yang besar2 dan manis..Di kiri tangga seorang kanak2 lelaki menjual buku2 karya Dr Hamka. Ada tenggelamnya Kapal Van Der Vijck, ada Siti Norbaya.. Saya tercari cari Dibawah Lindungan Kaabah..tak ada.Pastinya buku itu tidak ada. sebab di Indonesia sekarang ini , naskah Hamka ini telah di bawa ke layar perak..Pastinya penonton ingin membaca buku berjodol sama..
Selepas menikmati kopi panas , kami dihidangkan pemandangan cantik..awesome..cantiknya Tasik Singkarak..Nyaman.tiada pengunjung lain masa ni. Hanya kami..Walau hanya sebuah tasik tapi luasnya seolah-olah lautan di depan mata..
Sejuknya angin tasik..saya memang tak tahan sejuk..adoi..teringat pula anak-anak di rumah..apalah yang mereka ada di meja makan di dapor saya..Tapi takkan lah anak dara sebesar Faten tak boleh menguruskan seorang anak teruna sebesar suhail.( anak bongsu saya ).Saya pujuk hati sendiri..InsyaAllah, saya sudah banyak berdoa sebelum datang. Serah saja pada Allah..Yakin sahaja..
Di hembus tiupan angin kuat.saya terpaksa mengepit beg ke badan.Blouse chiffon saya mungkin melayang..Latiffah dan Asmah sentiasa di sisi..Masing2 tak terkata.Indahnya Tasik Singkarak..
Kami saling terlentok..tenang dan damainya di sini.
Turun sikit ke tengah pantai.Kulit-kulit siput jadi lapik kaki kami..perap-perap bunyinya..
Akar kayu pepohon di sekitar tasik yang menjadi benteng menahan hakisan ombak tasik. Sayang sekali saya memakai seluar putih..pasti kotor..
Paling kanan Hafiz, pemandu kenderaan yang pendiam. Tiada sepatah perkataan keluar dari bibirnya.Walau ketika mendengar Is melawak dengan pelbagai cerita lucu..Dia masih diam..saya kagum dengan cara dia memandu.sangat berhemah apatah lagi ketika melalui lereng-lereng tajam di sekitar padang dan Bukit Tinggi..Fahmi turut memuji..
Ketua rombongan kami Latiffah terus terdiam melihat keindahan panorama sekitar tasik Singkarak...

Comments
Post a Comment