Nuansa Meninjau yang sedingin Gunung Jerai..




          Hari terakhir kami di bawa ke Nuansa Meninjau, sebuah resort cantik 4 bintang.Letaknya di kawasan terpencil yang amat sejuk sekali.Berbagai fasiliti ada di sini. Sayang sekali hujan turun tidak berhenti-henti sejak kami sampai di situ.



     Saya di bahagian belakang hotel. Berhenti saja hujan terus turun kebawah untuk mengabdikan wajah dalam camera.


     Ruang untuk berbual atau bersantai ada di sekitar resort. tiada pandangan lain selain kehijauan yang amat meruntun hati. Sayu pun ada.Indahnya anugerah Tuhan.


      Kolam renang yang bersih sekali.teringat saya cucu saya yang seorang.Kalau la dia ada bersama tentu suka dia bermain air. Tapi bila ingatkan sejuk yang hampir membekukan kaki tangan saya ....


    Bahagian hadapan resort.bersih dan terjaga rapi.Satu hal yang saya terpandang ialah di sini mereka suka meletakkan langsir pada anjung bangunan.Di bumbung pula..! tengok saja di anjung hadapan resort ini.Warna merah pula tu..



                 Kami turun paling awal.yang lain masih dibilik. Cuaca mendung.Sejuk hingga ke tulang. Tapi masih bisa tersenyum .



    Di luar pintu resort, di sepanjang jalan mata saya terpandang labu-labu besar yang dijual di tepi jalan.Ringan tulang orang2 di sini..

                         Tak pasti saya samaada rumah kecil ini rumah yang didiami orang atau hanya tempat permainan kanak-kanak. Mereka tersenyum melihat kami.Bila saya mendekati untuk mengambil gambar semua lari ke belakang. Yang tinggal hanya yang tersengih tu..
    


                                 Comel rumah ni.Tapi di luar laman masih ada labu untuk di jual..

  Sepanjang menginap di resort ini Cikgu Mad, suami Puan latiffah diserang demam yang teruk.Lebih 20 jam beliau hanya tidur . Makanan pun dihantar ke bilik.
    Ahli mesyuarat tingkap kekurangan ahli. Cikgu Mad seorang yang kami anggap ensaiklopedia bergerak.Banyak pengetahuan beliau. Beri apa saja topik, ada saja sisipan dan pandangannya..Mujur juga Pn Asmah seorang jururawat . dapatlah juga meminta nasihat mempastikan Cikgu Mad kembali sihat..

   Esok ialah hari terakhir kami di Bukit Tinggi...pastikan anda terus mengembara bersama saya di blog ini..






Comments

Popular posts from this blog

Kain dalam cikgu luruh..!!

I sing this song for you..."Sepanjang Jalan Kenangan "

Happy birthday to me..