Selamat tinggal Padang nan indah..

    Jam sudah menunjukkan pukul 830 pagi.Namun cuaca masih samar-samar. Lampu masih terpasang.Mungkin sebab keadaan masih gelap. Air hujan masih menitik di luar tingkap.
     Kami di ruang makan resort untuk sarapan. Kerana makanan di masak serta merta, sambil menantikan nasi goreng dan mee goreng kami dihidangkan dulu dengan telur separuh masak.Panas dengan kopi panas. Sedap la juga..


        En Aziz yang sinonim dengan topinya yang pelbagai warna mengadap kopi bersama isteri.
        Fahmi lebih suka menjadi cameraman yang setia..




 Sebelum menjamah makan tengahari, Is membawa kami ke destinasi pelancungan yang tidak kurang cantiknya, Air terjun  dari Gunung Tandikek di Lembah Anai. Terpegun saya. Kalau Niagara Fall bagaimanalah rupanya.Tentulah berganda besar dan kuat lontaran airnya dari atas gunung.



    Di bahu jalan penduduk kampung tetap menjaja hasil kampung.Di sini juga banyak dihual buah markisa. bergantungan.kerepek2 yang pelbagai , berlambak untuk di beli..
    Kami singgah makan di Lubuk..Sikoci  sekali lagi kerana permintaan untuk menikmati kaloi tidak dapat di tolak oleh Is. Sedapnya hingga menjilat jari.
   Hafiz memandu kami kali terakhir ke lapangan terbang untuk membawa kami balik ke Kuala Lumpur. Terima kasih Is dan Hafiz.Kerana bersusah payah menahan kerenah kami ( kalau ada ).
  


    Di Kuala Lumpur saya di kunjungi anak2 dan cucu tersayang. Lain pula tengok mukanya.Maklum dia sudah semakin dewasa.Rambut pun sudah semakin panjang.Sempat juga saya mendokongnya .



         Kami sampai di Kangar pukul 1050 malam membawa seribu kenangan manis, dengan pengalaman2 baru yang tak pernah dijangka.Bumi Padang saya tinggalkan sarat dengan perbandingan2 gambaran yang saya kaut dari Tenggelamnya Kapal Van Der Vijck..Ternyata masih banyak yang sama walau telah 73 tahun buku itu di karang oleh Pak Hamka...
         Terima kasih kepada Puan Latiffah yang bersusah payah mengendalikan perjalanan yang sangat bermakna buat saya. Tidak pernah saya jangkakan akan sampai ke Padang.Moga Tuhan merahmati kita dengan kesihatan yang baik supaya dapat pula merealisasikan banyak lagi perjalanan2 indah di masa hadapan...

Comments

Popular posts from this blog

Kain dalam cikgu luruh..!!

I sing this song for you..."Sepanjang Jalan Kenangan "

Happy birthday to me..